AirAsia sasar ambil semula pekerja yang diberhentikan

1720

AirAsia Group Bhd menyasarkan untuk mengambil semula pekerja yang terpaksa diberhentikan pada tahun lalu susulan impak Covid-19, apabila perniagaan syarikat penerbangan itu kembali pulih.

Sambil mengakui keputusan pemberhentian khidmat kira-kira 2,000 pekerja terbabit sebagai satu tragedi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes turut berikrar untuk mengambil khidmat mereka terbabit serta yakin dengan kemampuan syarikat penerbangan tambang rendah itu.



“Kehilangan 2,000 pekerja akibat impak Covid-19 adalah satu tragedi untuk kami. Oleh itu sebelum bersara, saya perlu pastikan semua mereka dapat diambil semula.

pekerja airasia

“Inilah sasaran saya, malah saya yakin ini dapat dilakukan apabila aktiviti penerbangan kembali beroperasi serta disokong oleh perniagaan lain kumpulan ini,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, AirAsia dan syarikat sekutunya yang juga penerbangan jarak jauh, AirAsia X mengesahkan langkah pemberhentian kira-kira 10 peratus daripada 24,000 tenaga kerjanya berikutan kesukaran sektor penerbangan untuk bangkit semula dalam masa terdekat akibat pandemik berkenaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here