Japan Airlines tamatkan perkhidmatan pesawat Boeing 777 setahun lebih awal

1700

Japan Airlines Co Ltd mengumumkan mereka menamatkan perkhidmatan 13 unit pesawat Boeing 777 yang menggunakan enjin Pratt & Whitney setahun lebih awal daripada tarikh yang dirancang.

Tindakan ini dibuat susulan kepada langkah penggantungan sementara yang dibuat pada Februari lalu berikutan insiden kebakaran enjin yang melibatkan penerbangan United Airlines.



“JAL telah membuat keputusan untuk mempercepat proses menamatkan khidmat semua Boeing 777 yang dilengkapi enjin P&W pada Mac 2021, dimana pada asalnya rancangan ini akan dijalankan pada Mac 2022,” kata syarikat penerbangan Jepun itu dalam web rasmi mereka.

Tambah Japan Airlines, mereka akan menggunakan Airbus SE A350 yang lebih baru di laluan domestik ke Lapangan Terbang Itami Osaka dan menggunakan pesawat antarabangsa untuk laluan domestik lain bagi membantu mengekalkan frekuensi penerbangan.

Permintaan terhadap industri penerbangan buat masa sekarang adalah lebih rendah dari kebiasaan, berikutan pandemik Covid-19 yang masih lagi menyerang seluruh dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here