Marc Marquez disahkan bakal kembali beraksi di MotoGP Portugal 2021

1163

Setelah lama bercuti akibat kecederaan, Marc Marquez disahkan akan melakukan kemunculan semula di MotoGP Portugal 2021.

Berita ini didedahkan secara langsung oleh akaun Instagram rasmi MotoGP, semalam.



Ini bermakna, Marquez akan kembali beraksi pada perlumbaan yang berlangsung pada 18 April di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal.

Kembalinya Marquez ke perlumbaan sudah tentu memberi kelegaan bagi pasukan Repsol Honda, lebih-lebih lagi rakan sepasukan Marquez, Pol Espargaro, masih belum menyerlah dalam dua perlumbaan pembukaan. 

marquez motogp 2021

Espargaro kini hanya mampu berada di kedudukan ke-10 secara keseluruhan dengan mengumpul 11 mata.

Marquez sebelum ini tidak dapat menyertai dua perlumbaan MotoGP 2021 iaitu Grand Prix Doha dan Qatar, dan kedudukannya diganti oleh Stefan Bradl.

marquez motogp 2021

Ketiadaan Marquez dalam dua perlumbaan ini disebabkan faktor pemulihan dari kecederaan yang dialaminya. Pasukan perubatan yang merawatnya tidak mahu mengambil risiko sekiranya Marquez kembali ke perlumbaan dalam tempoh terlalu awal.

Seperti sedia maklum, Marquez memerlukan masa yang lama untuk kembali dalam kejuaraan MotoGP.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MotoGP (@motogp)

Pelumba Sepanyol ini sebelum ini mengalami kecederaan sejak siri pertama MotoGP 2020 di litar Jerez, dan telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali dan satu sesi rawatan pemulihan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here