Pak Cik Shell bongkar mitos isi tangki di posisi berlawanan dapat minyak ekstra

3839

Sebelum ini Pak Cik Shell pernah berkongsi video membongkar teori menekan nozzle  secara perlahan boleh memberikan kuantiti minyak lebih banyak telah menarik perhatian ramai orang.

pak cik shell

Terbaru, Pak Cik Shell telah berkongsi satu video bagi membongkar rahsia ‘kepercayaan’ sebahagian pemilik kenderaan yang percaya apabila posisi hos minyak berlawanan akan dapat minyak ekstra.



Menurut beliau, tiada perbezaan antara posisi hos pam minyak secara selari ataupun berlawanan dengan tangki kereta kerana pam minyak akan menolak minyak masuk ke dalam tangki sama jumlah dengan bayaran telah dibuat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Tambah beliau lagi, sekiranya mengisi minyak dengan posisi hos pam minyak secara berlawanan dapat meningkatkan risiko kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi untuk mengesan apabila tangki minyak sudah penuh.

Video tersebut telah mendapat lebih 33,160 ribu tontonan dan rata-rata ramai gembira dengan ilmu baru yang dikongsikan secara praktikal eksperimen oleh Pak Cik Shell.

Bahkan ada yang membuat permintaan agar beliau dapat membongkar teori-teori lain seperti perbezaan mengisi minyak pada waktu siang dan malam, serta amalan menggoncang badan kereta bagi mendapatkan minyak ekstra.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here