Hyundai Kona facelift 2021 – Pesaing Proton X50 dan Honda HR-V, harga dari RM120k

1467

Baru sahaja berada di pasaran Malaysia kira-kira enam bulan lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan versi facelift untuk Kona.

SUV kompak ini hadir dengan beberapa kemaskini termasuklah pada rupa dan ciri kelengkapan. Harga adalah seperti berikut:



  • Kona 2.0 Standard: RM119,888
  • Kona 2.0 Active: RM136,888

Harga di atas adalah RM2,000 dan RM4,000 lebih rendah dari model sedia ada. Ia juga termasuk dengan pengurangan 50 peratus cukai SST, jaminan 5-tahun/300,000km dan pakej servis percuma 3-tahun/50,000km.

Jika anda perasan, hanya enjin 2.0-liter naturally-aspirated ditawarkan, tiada lagi versi 1.6-liter turbo seperti model sebelum ini.

Enjin Smartstream G2.0 4-silinder dengan kitaran Atkinson ini mampu menjana 149hp pada 6,200rpm dan 180Nm tork pada 4,500rpm, dan dipadankan dengan transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT).

Perubahan pada rupa luaran termasuklah cladding yang lebih tebal untuk gaya rugged, gril lebih nipis, dan DRL LED yang direka semula. Terdapat ruang kemasukan menegak di sisi bampar depan untuk membantu aliran udara.

Lampu belakangnya juga melintang sama seperti di depan, berserta bampar yang mendapat cladding perlindungan. Pilihan rim adalah sama ada 17- atau 18-inci.

Masuk ke dalam, perubahan dapat dilihat pada konsol tengah yang dipisahkan dari panel instrumen. Tempat duduk juga menggunakan bahan baharu dengan beberapa pilihan.

Ciri lain yang baharu adalah brek parkir dengan fungsi Auto Hold dan kunci pintar dengan Remote Engine Start.

Unik pada varian Active ialah kluster instrumen 10.25-inci berserta skrin infotainmen 8-inci dengan sambungan Bluetooth. Walaubagaimanapun, Apple CarPlay dan Android Auto didatangkan standard pada kedua-dua varian.

Ciri keselamatan pada Hyundai Kona facelift adalah:

  • Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Safe Exit Warning (SEW)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Driver Attention Warning (DAW) dengan Leading Vehicle Departure Alert
  • Rear Occupant Alert (ROA)
  • High Beam Assist (HBA)
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA)

Hyundai Kona 2021 boleh didapati dengan warna-warna berikut:

  • Standard – Chalk White, Galactic Grey, Surfy Blue dan Pulse Red
  • Active – Surfy Blue, Dive in Jeju, Ignite Flame, Dark Knight dan Misty Jungle

Mana satu jadi pilihan anda? Hyundai Kona, Proton X50, atau Honda HR-V?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here