Formula 1 GP Miami pada 2022, bakal berlangsung di kompleks Stadium Hard Rock

2007

Selepas selesai perlumbaan Grand Prix Itali baru-baru ini, Formula 1 mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan Grand Prix (GP) Miami pada tahun 2022. Ia akan berlangsung di litar baharu kompleks Stadium Hard Rock, Miami, Amerika Syarikat (AS).

gp miami

Litar ini juga akan menyusuli Circuit of The Americas yang menjadi GP kedua di AS, dan merupakan litar perlumbaan ke-11 yang menganjurkan F1 di negara itu.



F1 telah berusaha menjadikan litar Miami sebagai “litar sementara dengan rasa kekal” sama seperti Albert Park di Australia.

gp miami

Bersama Apex Circuit Designs, mereka melahirkan litar sepanjang 5.41km dan 19 selekoh itu selepas melalui 75 perubahan termasuk ujian simulator.

Para pereka betuk litar ini sengaja menggabungkan ciri-ciri seni bina dan perubahan ketinggian kompleks stadium untuk menjadikan sesuatu perlumbaan yang lebih menarik.

Kelajuan tertinggi yang mampu dicapai di litar ini ialah difahamkan pada 320km/j, dan kelajuan purata sekitar 223km/j. 

Penganjuran GP Miami juga bertujuan untuk memacu ekonomi yang lebih jauh, dengan USD400 juta (RM1.6 bilion) dijangkan akan diperoleh dari 4,000 peluang pekerjaan, 35,000 tempahan hotel dan beberapa sumber lain.

gp miami

Selain itu, potongan harga tiket akan diberikan kepada penduduk komuniti Miami Gardens, satu program pendidikan STEM di sekolah-sekolah tempatan juga akan ditawarkan, dan peniaga tempatan akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan yang berlangsung pada hujung minggu. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here