Ambulans buat ‘pengumuman’ minta polis tahan Toyota Hilux ‘cucuk’ rapat dari belakang

3097

Situasi kenderaan dihimpit semasa memandu atas sebab mahu ambil kesempatan boleh dikatakan perkara yang agak biasa berlaku di Malaysia.

gambar hiasan

Dari dihimpit kerana mahu lepasi tol secara percuma sehinggalah cuba mengekori jentera pihak berkuasa dalam situasi kecemasan.

Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana sebuah Toyota Hilux cuba mengekori rapat sebuah ambulans yang dalam kecemasan.



hilux ambulans

Akibat terganggu dengan tindakan Toyota Hilux tersebut, pihak ambulans telah membuat pengumuman meminta bantuan polis yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Setelah pengumuman tersebut dibuat, Toyota Hilux terbabit terus memberhentikan kenderaan dan Mitsubishi Outlander milik anggota polis terus masuk ke dalam laluan untuk memperlahankan kereta terbabit.

Rakaman tindakan spontan ambulans dan kerjasama polis telah buat warganet berasa puas hati melihat Toyota Hilux ‘terciduk’ dengan perbuataan pentingkan diri sendiri itu.

Sekiranya anda ternampak situasi kecemasan seperti ini, janganlah cuba mengambil kesempatan dan beri kerjasama membuka laluan supaya mudahkan perjalanan ambulan dan jentera pihak berkuasa.

Jadilah seorang pengguna jalan raya yang bertimbang rasa kerana kerjasama yang anda berikan pasti boleh menyelamatkan nyawa yang sedang berada dalam bahaya ketika situasi kecemasan itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here