Hafizh ‘berangin’

1275

Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin ‘berangin’ menyuarakan perasaan tidak puas hati apabila terpaksa menjalani kuarantin di sebuah hotel selama seminggu. 

Beliau yang baru kembali dari luar negara terpaksa jalani kuarantin dan ditempatkan di salah sebuah hotel. Perasaan tidak puashati tersebut telah didendangkan menerusi Instagram miliknya.



Menurut beliau luahan tersebut, bukan bermaksud menentang atau engkar pada arahan. Tapi berkisar kewajaran tindakan berkenaan.

Haizh juga menerangkan, “Swab test usah cakaplah, sudah berpuluh kali. Vaksin pun sudah disuntik, tapi kenapa perlu lagi kuarantin di hotel? 

Seolah-olah tidak berharga. Apa yang telah kami buat. Seorang atlet perlu mempersiapkan diri mereka dengan latihan demi menghadapi kejohanan seterusnya.

Kalau kuarantin di hotel, kami hanya makan dan tidur sepanjang tempoh kuarantin. Kami perlu mempersiapkan diri dengan latihan demi menghadapi kejohanan seterusnya.

Andai kami dikuarantin di rumah sudah pasti kami berpeluang jalani latihan dengan peralatan yang tersedia ada.

Disini apa boleh buat makan tido sajalah” demikian luahan Hafizh dengan situasi yang terpaksa di hadapinya.

Kami bukannya inginkan layanan VVIP, cukup sekadar sedikit kelonggaran kepada atlet serta memahami situasi dan jadual kami yang padat.

Saya balik bukan bertujuan untuk berhibur. Kos di Eropah terlalu tinggi.

Fikirkanlah bila reputasi kami tidak mencapai sasaran, kami jugak yang dipersalahkan, diherdik dan paling sakitkan telinga bila dituduh tidak bagus” jelas Hafizh.

Saya seronok tengok atlet dan pelumba luar negara balik saja dari gelanggang perlumbaan terus mulakan latihan. Tiada kuarantin dikenakan.

Itu sebabnya atlet luar negara lebih berjaya dari atlet kita. Kerana negara mereka faham situasi atlet mereka.

Semua pelumba mesti jalani swab test dengan keputusan negatif sebelum dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

Hafizh juga dengan nada kesal menulis, “Ini campak atlet di hotel seminggu, apa kami boleh buat sedangkan kejohanan seterusnya minggu depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here