Keluarkan kata-kata kesat ketika memandu di UK boleh didenda hingga RM5.7k!

1238

Pemandu kenderaan di United Kingdom boleh dikenakan denda sehingga £1,000 (RM5,698) jika didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu lain ketika memandu.

Kini dengan undang-undang permotoran menjadi lebih ketat di United Kingdom, syarikat pembekal nombor plat di Leeds, Number1Plates menggesa pemandu kenderaan untuk bersikap lebih tenang ketika memandu. 



Sekiranya ditangkap mencaci pemandu lain secara lisan atau isyarat tangan, pemandu kenderaan boleh dikenakan denda hingga 75 peratus dari gaji mingguan mereka di bawah Akta Jenayah dan Gangguan 1998.

Pemandu juga boleh didenda kerana tidak dapat mengawal kenderaan sepenuhnya jika mereka melepaskan tangan dari stereng.

denda kata kesat

Kesalahan ini turut termasuk menunjukkan isyarat tangan kasar atau bertindak agresif.

Menurut jurucakap Number1Plates, Aldan Ibbetson, walaupun situasi di jalan raya boleh menimbulkan tekanan namun kegagalan mengawal emosi boleh mengakibatkan kerugian kepada pemandu.

“Pemandu kenderaan dinasihatkan untuk kekal bertenang dan mengawal kemarahan mereka terutama jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Tangan anda perlu kekal berada di stereng kereta dan mata harus sentiasa fokus pada pemanduan di jalan raya,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here