Perodua Kancil ‘lejen’ sudah ditahan polis

1966

Perodua Kancil ‘lejen’ yang dikesan berada di atas jalan raya sekitar Kepong baru-baru ini sudah ditahan polis awal pagi tadi.

kancil lejen

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, tular di aplikasi Tik Tok menunjukkan rakaman sebuah Perodua Kancil berwarna kuning tanpa bumbung dipandu seorang lelaki.



kancil lejen

“Bertindak atas video tular, anggota JSPT menahan kereta berkenaan di Bandar Metropolitan Kepong bersama seorang pemandu berusia 47 tahun yang beralamat di Bukit Koman, Raub, Pahang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu manakala Perodua Kancil ‘lejen’ itu tidak mempunyai cukai jalan, tidak berbumbung serta tayar hadapan sebelah kanan pecah,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, pemandu terbabit turut menunjukkan sebuah lagi Perodua Kancil berwarna hijau yang tidak memiliki nombor pendaftaran dan cermin pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.

Jelas Zulkefly lagi, kedua-dua kereta itu tidak layak berada di atas jalan raya kerana membahayakan pengguna lain. Katanya, kenderaan tersebut ditahan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here