Polis China larang penggunaan kenderaan Tesla di lebuh raya, elak berlaku kemalangan

1576

Suasana Shanghai Auto Show baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita membuat protes dengan memijak kereta pameran Tesla kerana kejadian kemalangan yang berlaku kepada ahli keluarganya.

tesla lebuh raya

Ekoran isu protes yang tular di seluruh dunia, Tesla telah tampil memohon maaf setelah didesak oleh kerajaan China kerana tidak mengendahkan masalah yang dihadapi oleh pemilik Tesla negara tersebut.



Terbaru, beberapa pemilik Tesla berkongsi rakaman video di media sosial bahawa mereka telah ditahan oleh anggota polis daripada menggunakan lebuh raya atas faktor keselamatan di Guangzhou, China.

Difahamkan pihak berkuasa berbuat sedemikian kerana terdapat satu kemalangan melibatkan EV Tesla yang telah menyebabkan seorang penumpang maut seperti yang dilaporkan oleh Global News.

Nampaknya Tesla menghadapi tekanan sepenuhnya daripada kerajaan China. Tidak dapat dipastikan sampai bila ‘arahan’ ini akan terus berkuat kuasa.

Jika keadaan ini berterusan, terdapat kemungkinan Tesla bakal ‘terkeluar’ terus daripada pasaran negara tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here