Pelumba berbakat negara, Adam Norrodin memulakan saingan Kejuaraan Motosikal CEV Moto2 dengan langkah kanan apabila menaiki podium tempat ketiga di Portugal semalam.
Adam Norrodin yang beraksi bersama pasukan Liqui Moly Intact SIC Racing Team tersebut memulakan perlumbaan di petak keempat namun pada awal saingan sedikit ketinggalan.
Kesilapan rakan sepasukannya, Lucas Tulovic yang terjatuh ketika saingan berbaki enam pusingan memberi peluang kepada Adam untuk memecut laju sekali gus mengakhiri saingan di tempat ketiga di Litar Estoril.
Juara perlumbaan tersebut dimenangi pelumba pasukan Boscoscuro Talent Team-Ciatti, Fermin Aldequer dan Alonso Lopez.
Sementara itu, dalam saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia, Syarifuddin Azman turut mempamerkan aksi positif apabila berjaya mengutip dua mata selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 dan perlumbaan tersebut dimenangi Daniel Holgado.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar