Isuzu D-MAX 2021 baharu luar dan dalam, kini lebih canggih dan premium, harga RM89k hingga RM142k

2769

Selepas pengesahan pada awal bulan tempoh hari, Isuzu hari ini melancarkan D-MAX generasi ketiga serba baharu untuk pasaran Malaysia.

Trak pikap ini menawarkan rupa luar yang agresif dan sporti, rekaan dalaman lebih premium, dan enjin 3.0-liter turbo diesel baharu.



D-MAX baharu ini merupakan model CBU (import sepenuhnya) dari Thailand, varian dan harga adalah seperti berikut:

  • D-Max 1.9L Single Cab (MT) RM88,599.20
  • D-Max 3.0L Single Cab (MT) RM95,538.40
  • D-Max 1.9 Double Cab Standard (MT) RM99,599.20
  • D-Max 1.9 Double Cab Standard (AT) RM106,999.20
  • D-Max 1.9 Double Cab Premium (AT) RM121,549.20
  • D-Max 3.0 Double Cab Premium (AT) RM128,038.40
  • D-Max 3.0 Double Cab X-Terrain RM141,938.40

Enjin baharu 3.0-liter telah direka untuk prestasi dan respon lebih baik sementara mengurangkan bunyi dan gegaran. Unit ini menjana 190hp dan 450Nm tork dari 1,600 hingga 2,600rpm dan digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Terdapat juga enjin 1.9-liter yang tidak kurang juga berkuasa, dengan 150hp dan 350Nm tork. Kami telah pandu uji D-MAX sebelum ini yang menggunakan enjin 1.9-liter sama.

Isuzu D-MAX generasi ketiga ini dibina di atas pelantar Isuzu Dyanmic Drive yang menggunakan casis ladder frame baharu yang lebih tegar dan kukuh unuk ketahanan dan pengendalian lebih baik.

Casis ini dipasang dengan suspensi baharu dan jarak roda lebih panjang yang membolehkan enjin diletakkan di belakang roda depan. Hasilnya, pengendalian dikatakan lebih dinamik dan selesa.

Varian tertinggi D-MAX X-Terrain hadir dengan ciri terkini seperti Remote Engine Start, pengunci differential belakang, tempat duduk kulit coklat dengan pelarasan kuasa 8-arah, dan sistem penggilap cermin basah.

Unit infotainmen menggunakan skrin 9-inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari ciri keselamatan pula, D-MAX X-Terrain disumbat dengan pelbagai ciri Advanced Driver Assist System (ADAS) seperti Forward Collision Warning (FCW), Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Departure Warning (LDW), Turn Assist, Pedal Misapplication Mitigation, Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fungsi stop & go, Automatic High Beams (AHB), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Manual Speed Limiter (MSL) dan Multi-Collision Brake.

Kesemua varian Isuzu D-MAX mendapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP.

Dari segi pilihan warna, unik kepada varian X-Terrain adalah Valencia Orang dan Sapphire Blue. Varian-varian lain pula didatangkan dengan warna Silky White Pearl, Mercury Silver, Onyx Black dan Splash White.

Isuzu D-MAX 2021 dilindungi oleh jaminan 5-tahun atau 150,000km. Tetapi khas untuk X-Terrain, ia mendapat jaminan 7-tahun tanpa had perbatuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here