Beli kereta secara maya dari Seng Cars World hari ini

1342

Seng Cars World Sdn Bhd, pusat penyelesaian sehenti pemilikan kenderaan melancarkan pendekatan yang terbaharu untuk membeli kereta terpakai – Video Call Buy Car (VCBC) di Pameran Video Pembelian Kereta Seng Cars World yang diadakan semalam.

Melalui perkhidmatan baharu ini, para pelanggan dapat melihat dan membeli kereta terpakai yang diimpikan menggunakan telefon pintar dari rumah mereka dalam keadaan selamat dan selesa.



Membawa pengalaman pembelian kereta terpakai lebih baik ketika tempoh pandemik ini, VCBC memudahkan proses pembelian kereta dengan mengurangkan keperluan sentuhan fizikal.

Pendekatan ini mudah sekali. Para pelanggan terlebih dahulu membuat temu janji dengan penasihat jualan Seng Cars World untuk melihat kereta-kereta melalui panggilan persidangan video.

Setelah melihat dan penjualan kereta disahkan, penasihat jualan akan membantu untuk memproses tempahan kereta tersebut.

Setelah pinjaman diluluskan dan pembayaran telah dibuat, kereta akan dihantar ke rumah mereka.

Seng Cars Inspection Graded System menyediakan kereta yang berkualiti buat para pelanggan.

Tambahan pula, Seng Cars World menawarkan wang jaminan dikembalikan dalam tempoh 48 jam, di samping memberi ketenangan kepada semua pelanggan.

Para pelanggan yang membeli kereta dari Seng Cars World akan dapat menikmati satu tahun waranti yang ditaja jamin oleh AmGeneral Insurance Berhad.

Ketika majlis pelancaran maya melalui Facebook Live, Ketua Pegawai Eksekutif Seng Cars World, Tracy Nyan berasa teruja kerana berada di barisan hadapan dalam inovasi industri kereta terpakai di Malaysia.

“Kami sangat berbesar hati memperkenalkan VCBC sebagai pendekatan yang terbaharu dalam pembelian kereta, mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan kami. Prosesnya mudah, menjadikan pelanggan kami sangat senang untuk membeli kereta,” kata Tracy.

Seng Cars Group Gabungan Empat Syarikat

Pelancaran itu turut menyaksikan Seng Cars World merasmikan pelaksanaan penjenamaan semula syarikat, menggabungkan keempat-empat syarikatnya termasuklah Seng Cars World di bawah Seng Cars Group.

Bercita-cita tinggi untuk menjadi Pakar Kereta, kumpulan syarikat tersebut terdiri dari Seng Cars World, Seng Cars Service Centre, Seng Cars Spa & Tint, dan Seng Cars Warranty.

Penjenamaan semula kumpulan syarikat menjadikan ia kompetitf buat operasi dalam syarikat.

“Menyingkirkan persepsi negatif terhadap sebahagian industri kereta terpakai ialah cabaran terbesar yang kami hadapi sebagai pengedar yang sah. Kami percaya bahawa dengan hanya beberapa pengedar yang berekod buruk tidak mudah merosakkan imej seluruh industri ini.

“Sebagai penghargaan para pelanggan yang sedia ada, kami sangat jujur dan telus dengan mereka. Selama 17 tahun yang lalu, kami bekerja keras untuk mengubah corak pemikiran masyarakat, membina asas pelanggan kami yang kukuh.

“Kami memahami pelanggan kami dan dengan perkhidmatan yang tersedia, matlamat kami adalah untuk menangani masalah yang mereka hadapi apabila membeli kereta terpakai,” tambah Tracy.

Melalui perkhidmatan VCBC baharu dan kini dengan lebih daripada 500 kereta terpakai untuk dipilih, Seng Cars Group menyasarkan untuk membantu para pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai VCBC, Seng Cars World dan Seng Cars Group, sila layari https://www.sengcarsworld.com/scw/#/main.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here