Aunty Grab diberhentikan kerja, mohon budi bicara untuk terus memandu

1837

Selepas popular menjadi pemandu Grab pada usia 72 tahun, Rasamany Vettivelu kini hilang pekerjaan dan perlu terus menyara hidup.

Dia yang kini berusia 75 tahun diberhentikan kerja oleh platform e-hailing itu kerana larangannya mengambil pekerja (berusia lebih 69 tahun) atas sebab-sebab keselamatan.

Rasamany Vettivelu. Imej: The Star

“Saya sangat sedih apabila menerima notifikasi automatik melalui SMS dari Grab mengatakan atas sebab keselamatan, perkhidmatan saya akan ditamatkan pada 30 April,” katanya.



Rasamany berkata dia kecewa kerana tidak dapat terus menjadi pemandu e-hailing walaupun dia sebenarnya sihat.

Sebagai bekas pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dia sering mengendalikan isu-isu mereka yang mempunyai masalah pembayaran menggunakan budi bicara.

“Saya cuma berharap Grab dan Kementerian Pengangkutan dapat menggunakan budi bicara dalam kes saya,” katanya.

Bekas pegawai penilaian di LHDN itu bekerja di sana selama 39 tahun dan menjadi pemandu Grab selama empat tahun selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan emas pada 2014.

Dia kehilangan RM500,000 dari KWSP serta simpanannya dan terpaksa menjadi pemandu Grab.

Semangat dan sikap positif pesara ini terhadap kehidupan telah menyentuh hati netizen dari seluruh dunia.

Dia pernah ditemuramah oleh pelbagai pihak termasuk TV dan radio dan mendapat gelaran “Grab Aunty” (Makcik Grab).

Seorang jurucakap Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memberitahu The Star, “Asalkan kenderaan berusia tidak lebih 10 tahun dan melalui pemeriksaan Puspakom dan pemandunya mempunyai lesen PSV, kita tidak mempunyai masalah untuknya memandu.”

The Star turut melaporkan mereka menghubungi jurucakap Grab dan diberitahu pihaknya tidak tahu akan hal itu dan merasa pelik kerana mereka biasanya menggalakkan pemandu-pemandu berumur untuk memandu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here