PUSPAKOM tawar pemeriksaan percuma sempena Aidilfitri bermula hari ini

1414

PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM) kini menganjurkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (Voluntary Vehicle Inspection – VVI) secara percuma sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

pemeriksaan puspakom

Kempen percuma ini dianjurkan khusus untuk kenderaan persendirian, di mana pemilik-pemilik kenderaan boleh membawa kenderaan mereka di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali PUSPAKOM Shah Alam dan Pasir Gudang) untuk menjalani pemeriksaan percuma ini mulai 2 hingga 12 Mei 2021 dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.



Walaupun musim perayaan ini kita tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun keselamatan kenderaan masih perlu dititikberatkan kerana kenderaan masih lagi digunakan untuk bergerak melakukan aktiviti harian.

Semua pelanggan yang ingin menjalani pemeriksaan percuma ini dikehendaki membuat temujanji secara dalam talian terlebih dahulu di www.mypuspakom.com.my.  Bayaran pemprosesan MyPUSPAKOM yang dikutip pada waktu tempahan akan dipulangkan setelah pemeriksaan selesai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Shukor Ismail perkhidmatan secara percuma ini diadakan bagi mengubah minda masyarakat.

“Terdapat 25 item yang akan diperiksa iaitu termasuk ujian brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap , lampu, cermin gelap, bahagian atas dan bawah kenderaan dan banyak lagi,” kata Shukor.

Selain di cawangan, Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM akan turut berada di dua lokasi bagi menawarkan pemeriksaan percuma ini iaitu di Wisma DRB-HICOM, Shah Alam pada 3 Mei dan di Pekarangan Stadium Cheras, Kuala Lumpur pada 8 Mei 2021.

Unit Pemeriksaan Bergerak ini akan beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 4:00 petang pada tarikh tersebut.

Untuk sebarang maklumat, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my atau mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here