Ducati kuasai Grand Prix Sepanyol, Jack Miller muncul juara

1602

Pelumba kelahiran Australia, Jack Miller meraih kemenangan MotoGP keduanya dengan menjuarai Grand Prix Sepanyol.

Rakan sepasukan Miller dari Ducati, Francesco Bagnaia menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dan kini mendahului kutipan mata secara keseluruhan.



Miller mula memimpin perlumbaan ketika pendahulu pra-perlumbaan, Fabio Quartararo mula ‘tenggelam’ menjelang pertengahan perlumbaan.

Dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13 manakala rakan sepasukannya iaitu Franco Morbidelli di tempat ketiga.

jack miller Grand Prix Sepanyol

Menurut Miller, perasaannya kini sedih dan gembira, kerana kali terakhir dia memenangi perlumbaan ialah di litar Assen pada tahun 2016.

Juara Grand Prix Portugal, Fabio Quartararo berjaya bangkit selepas permulaan perlumbaan yang tidak begitu memuaskan sehingga memiliki kelebihan dua saat ketika berada di bahagian hadapan.

Namun, masalah jentera menyebabkan rentak cemerlang itu jatuh merudum, yang membolehkan Miller memimpin perlumbaan dengan baki 10 pusingan.

“Fabio Quartararo mempunyai langkah yang lebih baik, dan saya fikir dia akan berjaya. Dia mula ketinggalan ketika saya berada di hadapannya,” kata Miller.

“Masih ada 12-13 pusingan yang tersisa dan saya berfikir bahawa sudah lama saya berada di depan tetapi saya berjaya melakukannya,” tambahnya.

Keputusan penuh Grand Prix Sepanyol

1. Jack Miller – Ducati 
2. Francesco Bagnaia – Ducati 
3. Franco Morbidelli – Yamaha 
4. Takaaki Nakagami – Honda 
5. Joan Mir – Suzuki 
6. Aleix Espargaro – Aprilia 
7. Maverick Vinales – Yamaha 
8. Johann Zarco – Ducati 
9. Marc Marquez – Honda 
10. Pol Espargaro – Honda 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here