Risiko akibat serpihan roket Long March 5B ‘sangat rendah’ – China

1266

China semalam menjelaskan risiko kerosakan daripada roket yang jatuh ke bumi adalah ‘sangat rendah’, selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran ia boleh jatuh ke kawasan didiami masyarakat.

Long March 5B
Roket Long March 5B

Pakar ketenteraan di AS menjangkakan badan roket Long March 5B, yang terpisah dari stesen angkasa Beijing, akan turun antara Sabtu atau Ahad, tetapi mengingatkan sukar untuk meramalkan lokasi dan masa pendaratannya.

Bagaimanapun, Beijing merendahkan risiko bahaya.



Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, berkata kebarangkalian menyebabkan bahaya kepada aktiviti penerbangan atau (pada orang dan aktiviti) di lapangan sangat rendah.

Katanya, sebahagian besar komponen roket akan hancur selepas masuk semula ke atmosfera, selain pihak berkuasa ‘akan memaklumkan orang ramai mengenai keadaan itu pada masanya’.

China membelanjakan berbilion dolar untuk eksplorasi ruang angkasa dalam usaha untuk mencerminkan peningkatan global dan kekuatan teknologinya yang semakin meningkat, mengikut jejak penerokaan ke luar bumi oleh AS, Russia dan Eropah.

Ketika spekulasi mengenai lintasan roket Long March 5B kembali ke bumi tersebar di media sosial, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berkata tentera AS tidak mempunyai rancangan untuk menembaknya.

“Kami ada kemampuan melakukan banyak perkara, tetapi tidak mempunyai rancangan untuk menjatuhkannya,” kata Austin.

Beliau mengusulkan bahawa China lalai dan membiarkan badan roket itu jatuh dari orbit, selain menjelaskan pihak di dalam ‘domain angkasa’ perlu ‘beroperasi secara aman dan bijaksana’.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here