2,000 unit Skoda Superb Combi jadi kereta peronda polis New Zealand

1551

Skoda telah menandatangani perjanjian dengan kerjaan New Zealand, dimana mereka akan menyerahkan 2,000 unit Superb Combi menjelang tahun 2025 untuk digunakan sebagai kereta peronda polis.

MPV ini dipilih dari 11 kenderaan yang disenarai pendek oleh pegawai penguatkuasa undang-undang, dengan kriteria termasuk prestasi, sistem brek, emisi, kemudahan servis dan jumlah kos operasi.



100 unit pertama MPV ini akan dihantar oleh Skoda menjelang akhir Jun ini, manakala 400 unit lagi bakal menyusul menjelang akhir tahun.

“Superb Combi mempamerkan kebolehpercayaan dan ketahanan sebagai kenderaan kecemasan dan kereta peronda polis di banyak negara,” kata Anggota Lembaga Penjualan dan Pemasaran Skoda, Martin Jahn.

“Kami gembira polis New Zealand juga menghargai kualiti ini dan akan bergantung pada kenderaan dari Skoda dalam pekerjaan harian mereka pada tahun-tahun yang akan datang,” tambahnya.

Pasukan polis New Zealand mencari kenderaan dengan pacuan roda depan dan pacuan semua roda dari jenama tempatan mereka. Semua MPV tersebut akan disertakan dengan komponen kereta peronda seperti lampu kecemasan dan peralatan lain.

Skoda Superb Combi

Kenderaan dari Skoda pernah digunakan oleh 30 pihak berkuasa di Eropah seperti United Kingdom, Austria, Serbia, Croatia, Portugal, Perancis dan Belanda. 

Model yang kerap digunakan ialah Octavia, dimana ianya turut digunakan di United Kingdom dengan jumlah yang lebih kecil.

Di New Zealand, Skoda telah menyerahkan lebih 20,000 kenderaan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri sejak tahun 1993, termasuk model Octavia, Superb, dan Kodiaq.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here