GP Sepanyol: Lewis Hamilton raih petak depan ke-100

1092

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton meraih petak permulaan buat kali ke-100 selepas mencatatkan ujian masa terpantas pada sesi kelayakan di Grand Prix Sepanyol.

petak permulaan lewis hamilton

Jika pelumba pasukan Mercedes tersebut mengekalkan pemanduan cemerlang malam ini, dia bakal meraih kemenangan kelima berturut-turut di Sepanyol selepas tiga daripada empat kemenangan terakhirnya terhasil selepas bermula di petak pertama.



Pada sesi kelayakan tersebut, Hamilton merekodkan masa terpantas satu minit 16.741 saat sekali gus memulakan saingan di petak pertama. Pemandu pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen tempat kedua dan rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas tempat ketiga terpantas.

“Saya tidak percaya saya berjaya meraih tempat pertama sebanyak 100 kali. Terima kasih kepada semua yang bekerja keras untuk meraih kejayaan seperti ini.

“Esok adalah misi yang berbeza dan saya harap kami mampu melakukan terbaik sekali lagi pada perlumbaan sebenar nanti,” kata Hamilton.

Pasukan Ferrari juga tampil cemerlang menerusi pelumba mudanya, Charles Leclerc apabila mencatat masa empat terpantas selepas hanya dipisahkan 0.036 dengan Bottas yang berada di kedudukan ketiga. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here