Trak tunda terlibat kemalangan, SSC Tuatara yang dibawa rosak teruk!

1308

SSC Tuatara, yang baru beberapa bulan lalu dinobatkan sebagai kereta terpantas di dunia rosak teruk, apabila trak tunda yang membawanya terlibat dalam kemalangan.

SSC Tuatara

Kemalangan ini berlaku pada April lalu, dimana hypercar ini sedang dibawa oleh trak tunda menuju ke Florida untuk menguji rekod kelajuan yang baharu. Trak tunda yang membawa SSC Tuatara ini difahamkan terbalik akibat angin kencang yang melanda kawasan Utah.

SSC Tuatara kemalangan



Walaupun keadaan keseluruhannya kelihatan agak teruk, pihak SSC menyatakan bahawa kerosakan yang dialami masih boleh dibaiki kerana hanya melibatkan bahagian kosmetik sahaja, dan tidak akan menimbulkan masalah yang serius.

SSC Tuatara kemalangan

Pada 17 Januari 2021, hypercar ini memenangi gelaran kereta terpantas di dunia dan mencatat rekod kelajuan tertinggi dua arah iaitu 455.3 km/j secara purata.

Walaupun tidak sepantas percubaan pertama yang dilakukan pada bulan Oktober tahun lalu, kelajuan ini sudah cukup untuk mengalahkan pemegang rekod sebelumnya, Koenigsegg Agera RS, yang mencapai kelajuan 446.97 km/j pada tahun 2017.

SSC Tuatara kemalangan

Untuk makluman, SSC Tuatara ialah jentera dua-tempat duduk berenjin tengah buatan Amerika Syarikat (AS) yang dikuasakan enjin 5.9-liter twin-turbo V8. Ia menghasilkan 1,750hp dengan bahan api E85.

Ia hanya seberat 1,247kg hasil dari penggunaan bahan gentian karbon, dan hanya mempunyai pekali seretan (drag coefficient) sebanyak 0.279.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here