Polis terpaksa gali lubang di lorong tikus elak rentas negeri

1342

Pihak polis terpaksa menggali lubang di lima lorong tikus di sekitar Kampung Tanah Puteh, di Gua Musang, bagi menghalang kenderaan rentas negeri melalui laluan itu memasuki Kelantan.

Langkah tegas itu berikutan kon konkrit yang diletakkan di laluan itu sebelum ini dipecahkan samseng jalanan untuk merentas negeri melalui Jalan Gua Musang-Kuala Lipis.



Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, pihaknya menutup lorong tikus itu kerana sering dijadikan laluan kenderaan orang ramai bagi mengelak diperiksa dalam sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tanah Puteh.

lubang lorong tikus

Katanya, selain menggali lubang dan menutup laluan, polis melakukan pemantauan serta rondaan di kawasan itu bagi memastikan tiada jalan lain dibina.

“Kami mengambil tindakan untuk menutup sepenuhnya lorong tikus bagi pengguna jalan raya yang cuba melepasi SJR.

“Jadi tindakan berterusan dan pemantauan akan dibuat daripada semasa ke semasa oleh anggota supaya tidak ada pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk melepasi daerah atau rentas negeri,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here