Seorang lelaki di United Kingdom yang baru-baru ini memenangi Mitsubishi Lancer Evolution IX FQ-320 dalam cabutan bertuah telah menghancurkan jentera tersebut sehari selepas menerima kunci.
Evo yang memiliki perbatuan 112,654km dan mempunyai rekod servis yang baik tersebut dihadiahkan oleh Dream Car Giveaways (DCG).
Harga Lancer Evo IX telah meningkat sejak 18 bulan yang lalu, yang bermaksud lelaki yang bertuah itu tidak hanya memenangi salah satu kereta berprestasi terbaik Jepun tetapi juga memenangi aset yang berharga.
Malang sekali, Evo tersebut bernasib tidak baik dan telah rosak teruk.
Berdasarkan Tweet yang telah dipadam dari South Wales Police Roads Policing Unit, pemenang kereta tersebut iaitu Adam Griffiths telah terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Mitsubishi Lancer Evolution IX FQ-320 miliknya mengalami kerosakan pada bahagian depan dan belakang.
Kerosakan itu sangat tersebut sehingga jentera tersebut disahkan total lost.
Pada hari yang sama, kurang dari 24 jam setelah menyerahkan kunci kepada Griffiths, Dream Car Giveaways mengesahkan bahawa kereta itu telah total lost dalam catatan Facebook mereka.
“Kebanyakan dari anda sudan tentu sedar betapa sayangnya Evo itu total lost dalam kemalangan tersebut,” kata DCG.
“Namun, perkara yang paling utama ialah keselamatan Adam, dan kita tidak boleh membuat sebarang spekulasi jika tidak tahu apa yang berlaku. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan kami dari DCG mendoakan yang terbaik untuk Adam,” tambahnya.
Berdasarkan gambar yang tular, bampar hadapan Evo tersebut koyak, manakala bonet hadapan pula kemek teruk. Selain itu, intercooler juga hancur, dan kemungkinan besar komponen enjin dan system suspensi turut mengalami kerosakan.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar