India kembali menguatkuasakan perintah lockdown berikutan gelombang keduan pandemik Covid-19 yang melanda negara tersebut.
Setiap anggota polis dikerahkan untuk melakukan pemantauan dan sekatan jalan raya bagi memastikan penduduk tidak keluar dari rumah tanpa alasan yang munasabah.
Namun, terdapat sesetengah individu yang masih berdegil untuk keluar dari rumah tanpa alasan yang masuk akal seperti lelaki yang menunggang motosikal ini, dimana dia memberi alasan terpaksa keluar dari rumah untuk selamatkan ular.
Ketika dihentikan pihak polis dan diminta bukti bagi alasan tersebut, lelaki itu mengeluarkan seekor ular tedung dari dalam begnya, yang berada dalam kotak plastik.
Menurut lelaki itu, dia baru sahaja menyelamatkan seekor ular dari suatu kawasan perumahan dan dalam perjalanan pulang.
Pihak polis yang melihat ular itu dari jarak yang jauh tidak teragak-agak untuk melepaskan lelaki itu tanpa mengemukakan pertanyaan dengan lebih lanjut.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar