Sedan elektrik mewah, Mercedes-Benz EQS mula dipasang di Jerman

1424

Mercedes-Benz kini memulakan pemasangan EQS di kilang mereka di Jerman. Sedan elektrik mewah ini dihasilkan di Factory 56, bersebelahan dengan kilang Mercedes-Benz S-Class dan Mercedes-Maybach S-Class.

Mercedes-Benz EQS

Akan mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja, kilang ini sangat fleksibel hasil daripada digitalisasi tinggi, membolehkannya memasang model dan drivetrain berbeza.



Rangka badan dan drivetrain masing-masing dapat dipasang dan disatukan dalam assembly line yang sama, meningkatkan tahap kecekapan operasi. Sebagai contoh, badan EQS disambungkan dengan drivetrain di kawasan yang dikenali sebagai ‘Fullflex Marriage’.

Mercedes-Benz EQS

“Menurut WLTP, EQS kami menetapkan standard baharu, dengan jarak perjalanan hingga 770km. Pada masa yang sama, EQS bermaksud kemampanan sepanjang rantaian nilai: dari pembangunan hingga pembelian, pengeluaran dan proses pengecasan hingga kitar semula,” kata Anggota Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz, Markus Schafer.

“Oleh itu, EQS merupakan tunggak dalam perjalanan menuju Ambition 2039 kami, dimana Mercedes-Benz sedang giat menghasilkan barisan kereta baharu tanpa CO2,” tambahnya.

Mercedes-Benz EQS

EQS dibina di atas platform khusus EV dan hampir sama panjang dengan S-Class versi long-wheelbase.

EV ini akan dilancarkan dengan dua pilihan iaitu motor elektrik 329hp untuk varian 450 RWD, dan dwi-motor berkuasa 516hp untuk 580 AWD.

Varian dengan motor 329hp mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.2 saat, manakala varian dengan motor 516hp pula dalam masa 4.3 saat. Jika tidak mencukupi, varian dengan motor 715hp berkemungkinan akan diperkenalkan, dan dikategorikan sebagai AMG.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here