Ini dia pemilik Bugatti Divo warga Malaysia! RM25 juta, hanya 40 unit seluruh dunia

12250

Bugatti Divo ialah model yang lebih eksklusif dari kereta asalnya iaitu Chiron, dengan rupa lebih dramatik, 90kg lebih ringan, dan hanya 40 unit dihasilkan seluruh dunia.

Ia dijual pada harga USD5.9 juta (RM24.34 juta) sebelum cukai dan aksesori tambahan lain.



Dikhabarkan satu dari 40 pembeli bertuah yang memiliki hypercar eksklusif itu merupakan seorang warga Malaysia!

JP Chin merupakan ahli perniagaan dan pemilik JPM Museo iaitu sebuah galeri pameran koleksi peribadi dari kereta-kereta filem hinggalah hypercar ikonik.

JP Chin memuatnaik satu siaran di Instagram yang memaparkan beberapa gambar Bugatti Divo miliknya yang sedang siap sedia untuk proses penghantaran dan penyerahan.

Dapat dilihat secara agak terperinci Divo itu serta bagaimana ia ‘dibungkus’ dalam kotak kayu untuk dipindahkan.

JP Chin juga difahamkan seorang peminat dan pengumpul kereta serta motosikal. Selain Divo yang menjadi koleksi terbaharunya, dia juga dilihat memiliki kereta lain seperti McLaren P1, Ferrari F12tdf, Lamborghini Aventador SVJ, dan Porsche 911 GT2 RS.

Dia juga memiliki jentera-jentera unik seperti Hummer H1, Ford Mustang Eleanor, Morgan Aero 8, dan skuter BMW C1.

Jika dilihat pada akaun Instagram JPM Museo itu juga, dapat dilihat bawaha JP Chin bukanlah kali pertama memilik Bugatti kerana terdapat gambar-gamabrnya bersama Chiron dan Veyron.

Bugatti Divo dikuasakan oleh enjin sama dengan Chiron, iaitu 8.0-liter W16 yang mampu menjana sekitar 1,500hp dan 1,600Nm tork.

Lambakan kuasa itu dihantar ke semua roda melalui transmisi dwi-klac 7-kelajuan. Ini membolehkan Divo mencapai 100km/j dalam masa 2.4 saat sahaja, dan mempunyai kelajuan maksima 380km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here