Menteri Besar Kedah jual Volvo XC60 untuk salur tabung bantuan Palestin

1330

Demi membantu penduduk Palestin yang sedang diserang rejim Zionis ketika ini, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup menjual Volvo XC60 T6 2010 untuk disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan PASRelief.

Muhammad Sanusi menerusi hantarannya di Facebook berkata, SUV itu ditawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000 selepas membeli kereta itu dengan harga RM60,000 pada 2018.



“Kereta ini saja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat kepada kereta ini tapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin,” kata Muhammad Sanusi.

“Sejak beli, saya servis, ganti alat ganti yang kurang elok dengan yang baru original, sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baharu, tapi tidaklah 100 peratus macam baharu.

“Pendek kata, kondisi kereta ini terbaik. Tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi kalau bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspensi, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit. Saya belum sempat pergi baiki,” tambahnya.

Jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak lima hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

menteri besar kedah

Sejak serangan yang berlaku akhir Ramadan lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut termasuklah 27 kanak-kanak manakala 580 lagi cedera.

Muhammad Sanusi berkata mereka yang berminat untuk melakukan bidaan SUV itu boleh terus menghubunginya menerusi akaun Facebook Muhammad Sanusi Md Nor.

menteri besar kedah

Katanya, bidaan itu akan dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada 3petang, 18 Mei ini.

“Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini, yang tak serius tak payah kacau daun. Mereka boleh bayar terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PASRelief (564070614481 atau 5640 7061 2333),” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here