Saudi Arabian Airlines sambung semula penerbangan antarabangsa

1395

Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Arabian Airlines atau Saudia menyambung semula penerbangan ke 43 lapangan terbang antarabangsa yang melibatkan 30 destinasi.

Saudi Arabian Airlines

Syarikat penerbangan nasional Arab Saudi itu turut mengesahkan bahawa pihaknya akan mengendalikan sejumlah 153 penerbangan berjadual setiap minggu dari Riyadh dan 178 penerbangan dari Jeddah.



Penerbangan antarabangsa pertama yang berlepas dari negara itu adalah dari Riyadh ke Hyderabad, India dan dari Jeddah ke ibu kota Bangladesh, Dhaka.

Manakala penerbangan antarabangsa pertama yang masuk ke Arab Saudi adalah dari Kaherah dan dari Jakarta.

Sementara itu, Saudia turut mengesahkan kesediaan untuk mengendalikan penerbangan ke 71 lapangan terbang di mana 28 daripadanya adalah penerbangan domestik dan 43 adalah destinasi antarabangsa.

Penyambungan semula operasi penerbangan Saudia dilaksanakan selepas Kementerian Dalam Negeri menarik balik larangan perjalanan ke luar negara dalam kalangan rakyat Arab Saudi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here