Semua premis makanan dan minuman di kawasan rehat dan rawat (R&R) lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mulai semalam.
Menurut Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid, operasi premis itu bagi pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja.
Bagaimanapun, katanya, semua kemudahan tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.
“Kami menasihatkan pengguna lebuh raya untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang diperketatkan kerajaan supaya dapat melandaikan lekuk penularan Covid-19,” kata Syed Mohammed Idid.
“Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan semangat #KitaJagaKita dan ‘Lindungi Diri, Lindung Semua’ disaran supaya mendaftar bagi menerima vaksin Covid-19,” tambahnya.
Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai waktu operasi kemudahan di lebuh raya PLUS boleh layari laman web PLUS di www.plus.com.my atau menerusi media sosial.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar