Warga emas 82 tahun selamba lenjan Porsche 911 GT3 RS di litar Monza!

1722

Memiliki dan menikmati sebuah kereta sport khas untuk kegunaan litar seperti Porsche 911 GT3 RS bukan hanya mampu dilakukan golongan muda, seperti yang dibuktikan oleh seorang warga emas berusia 92 tahun di Itali ini.

 Porsche 911 GT3 RS

Berdasarkan video dari YouTuber MattyB727, dia yang baru-baru ini hadir ke track day di litar Autodromo Nazionale Monza terserempak dengan seorang warga emas yang memiliki 911 GT3 RS berwarna Lizard Green.



Supercar itu bukan sahaja dihiasi pelekat dan decal asal, tetapi juga pelekat tambahan menunjukkan ia aktif digunakan di litar. 

Walaupun GT3 RS mungkin tidak memiliki pecutan jalan lurus sepantas supercar berenjin tengah yang lain, catatan masanya di litar Nurburgring sebelum ini membuktikan bahawa di litar perlumbaan, ianya salah satu kereta terpantas pernah dihasilkan.

 Porsche 911 GT3 RS

‘Nenek’ ini dilihat cukup berpengalaman mengendalikan GT3 RS ini di litar Monza, dengan memasuki selekoh, ‘tangkap’ apex dan memecut di laluan lurus dengan kelajuan yang agak tinggi.

Porsche 911 GT3 RS dikuasakan oleh enjin 4.0-liter naturally-aspirated flat-six yang mampu menghasilkan sehingga 512hp. Ia mampu mencapai 0-100km/j dalam masa 3.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 312km/j.

GT3 RS juga menampilkan pelbagai peningkatan aerodinamik berbanding GT3 biasa, dan ini membolehkan pemandu rasmi Porsche, Kevin Estre berjaya menakluk litar Nurburgring dengan catatan masa hanya 6 minit 56.4 saat.

Dengan catatan masa tersebut, GT3 RS muncul sebagai Porsche ketiga selepas 918 Spyder dan 911 GT2 RS yang membuat pusingan litar Nurburgring kurang tujuh minit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here