Dodge Viper 3,200hp: Quarter-mile dalam hanya 5.95 saat!

1625

Bugatti Chiron sememangnya antara hypercar paling laju pernah diperkenalkan, hasil daripada enjin 8.0-liter W16 quad-turbocharged yang mampu menghasilkan 1,478hp.

Bugatti Chiron

Namun, angka itu rupa-rupanya kurang separuh daripada yang dimiliki oleh Dodge Viper yang akan kami ceritakan ini.

Sejak tahun 2012, Viper ini menjadi kereta terpantas di dunia untuk quarter-mile (400 meter) iaitu 6.96 saat. Kini, ianya sekali lagi mencipta rekod baharu, dipandu anak lelaki pemiliknya yang baru berusia 18 tahun.



dodge viper

Pengubahsuaian yang komprehensif telah dilakukan pada enjin V10 Dodge Viper ini, namun blok 8.0-liter yang standard masih dikekalkan.

Selain itu, sepasang turbocharger 88mm dari Garret turut disertakan, dimana ianya mampu ‘bekerja’ dengan sejumlah besar modifikasi lain yang menghasilkan 3,200hp.

Ini menjadikan ia Viper paling berkuasa di dunia yang road legal (boleh dipandu di atas jalan). Namun harus diingat, Bugatti Chiron masih memegang rekod kereta produksi (standard kilang) paling berkuasa.

dodge viper

Berbalik kepada Viper, pemiliknya, Sal Patel baru-baru ini membenarkan anak lelakinya yang berusia 18 tahun iaitu Milan memandu kereta tersebut. Sebelum acara perlumbaan drag baru-baru ini, Milan hanya pernah memandunya untuk 1/8 mile (drag 200meter).

Namun dalam acara baru-baru ini, dia dapat memandu Viper ini untuk quarter-mile dengan baik dan mencatat masa terbaik 6.956 saat pada kelajuan 326.17km/j, seterusnya mengatasi rekod milik bapanya sebelum ini iaitu 6.96 saat. 

Walaupun Dodge Viper kini tidak lagi dihasilkan, sangat menarik untuk dilihat betapa bersemangat pemiliknya menjaga warisan Viper supaya kekal hidup.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here