Ford GT MK II hanya dihasilkan sebanyak 45 unit dan baru-baru ini, dan kini salah satu unit tersebut akan dijual dengan harga USD1.87 juta (RM7.7 juta).
Sebelum acara jualan yang dianjurkan oleh Mecum Auctions dimulakan, GT MK II dijangka akan berjaya dijual dengan harga antara USD1.6 juta (RM6.6 juta) hingga USD1.7 juta (RM7 juta).
Namun, terdapat pembeli yang sangat menginginkan jentera tersebut dan sanggup membayar dengan harga tinggi untuk mendapatkannya.
Harga jualan tetap untuk GT MK II sebenarnya ialah pada USD1.2 juta (RM4.9 juta), dan model ini tidak dikenakan peraturan penjualan semula dua tahun dari pengeluar Amerika Syarikat itu.
Oleh itu, pemilik kereta ini berjaya mengaut keuntungan kerana ianya boleh dijual semula dengan harga lebih tinggi bila-bila masa sahaja.
Walaupun semua unit Ford GT MK II adalah istimewa, model ini menonjol kerana ianya hadir dengan warna biru terang yang diinspirasikan dari jentera lumba Le Mans yang dipandu oleh Ken Miles.
Ini bermakna, sebahagian besar luarannya dihiasi dengan warna baby blue yang digabungkan dengan warna royal blue serta warna royal red pada fender hadapan. Warna royal blue turut disertakan pada spoiler dan diffuser.
Oleh kerana jentera ini khas untuk kegunaan litar sahaja, Ford meningkatkan aerodinamiknya, memberikan spoiler lebih besar, diffuser gentian karbon, splitter khas, dan canard baharu yang mampu memberikan memberikan 400 peratus downforce daripada model biasa.
Pelbagai perubahan turut dilakukan pada enjin 3.5-liter V6 twin-turbocharged EcoBoost jentera ini, dimana ianya mampu menghasilkan 700hp, berbanding 660hp yang dihasilkan oleh enjin Ford GT MK II biasa.