Seorang lelaki di Zimbawe hampir maut apabila berpuasa selama 40 hari 40 malam kerana berharap amalannya akan membuatkan Tuhan mengurniakannya sebuah Lamborghini Murcielago.
Mark Muradzira yang merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura bertapa di sebuah gunung bagi mengelakkan dia daripada dihantui rasa teringin untuk makan. Dia bagaimanapun diselamatkan selepas pengsan pada hari ke-33.
Lelaki tersebut yang juga merupakan seorang penganggur terdesak untuk menghadiahkan Lamborghini Murcielago kepada teman wanitanya.
Bagaimanapun, oleh kerana tidak mampu membeli kereta yang berharga £150,000 (RM879,231) itu, dia berpuasa selama 40 hari demi mengharap pertolongan Tuhan.
Malangnya, tindakan tersebut tidak berkesan dan ketua gereja tersebut, Bishop Mawuru berkata Muradzira seharusnya berpuasa untuk meminta kerja memandangkan dia sedang menganggur.
Mereka yang datang ke gereja lelaki itu kemudian mendermakan wang bagi membantu Muradzira membeli kereta tersebut dan jumlah kutipan yang diterima hanya £30 (RM175). Wang tersebut digunakan bagi membiayai kos perubatan Muradzira.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar