Mitsubishi sumbang Triton untuk INSAF Malaysia

1070

Sebuah trak pikap Mitsubishi Triton 4X4 disumbangkan kepada INSAF Malaysia, iaitu badan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk aktiviti-aktiviti kemanusiaan.

Triton itu diserahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Tomoyuki Shinnishi kepada Presiden dan Pengasas INSAF Malaysia, Ishak Abdul Kadir.



Ia akan digunakan untuk program-program di bawah NGO itu seperti agihan makanan kepada golongan memerlukan atau mangsa bencana alam.

Antara program INSAF Malaysia yang lain melibatkan agihan food bank dan lunch box kepada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim, selain Meals on Wheels untuk orang-orang tua.

INSAF juga bertanggungjawab membina rumah-rumah perlindungan bagi mereka yang memerlukan dan terkesan dengan bencana alam.

Shinnishi berkata: “Visi CSR kami tahun ini ialah ‘Inspiring Lives Today for a Greater Future’.

“Misi kami pula untuk menerapkan aktiviti CSR yang membantu kanak-kanak kurang bernasib baik, dan bekerjasama dengan NGO-NGO untuk ekonomi, masyarakt dan alam sekitar lestari.

“Jadi, bila kami mengetahui usaha-usaha kemanusiaan INSAF Malaysia yang sentiasa memerlukan usaha sukarela, kami ingin membantu mereka dengan menyumbang sebuah trak pikap Triton,” tambahnya.

Sementara itu, Ishak berkata semasa majlis penyerahan, “Sumbangan trak pikap Triton ini sangat tepat pada masanya, praktikal dan sangat kami hargai.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here