Lego Top Fuel Dodge siap ada model Challanger 1970, khas untuk peminat drag

1832

Lego memperkenalkan satu koleksi sangat sesuai untuk peminat Dodge dan perlumbaan drag. Koleksi ini hadir dengan Dodge Challenger T/A 1970 dan Mopar Dodge SRT Top Fuel Dragster.

drag dodge

Koleksi ini dihasilkan daripada 627 keping lego, dengan Mopar Dodge SRT Top Fuel Dragster berukuran 35cm panjang dan berketinggian 10cm. Sementara itu, Dodge Challenger T/A 1970 pula berukuran 16cm panjang dan berketinggian 5cm tinggi.



Dengan warna Plum Crazy, Dodge Challenger T/A 1970 merupakan kereta mainan pertama dalam barisan Lego Speed Champion yang disertakan dengan warna tersebut.

drag dodge

Mopar Dodge SRT Top Fuel Dragster pula pula menampilkan motif Rod Bee Dodge. Turut disertakan bersama set mainan ini adalah dua pemandu, seorang lelaki dan seorang wanita yang berkemungkinan diinspirasikan dari pemandu Top Fuel, Leah Pruett.

“Memiliki atau bercita-cita untuk memiliki sebuah muscle car Dodge ialah mengenai gaya hidup bergabung dengan Brotherhood of Muscle seperti halnya dengan pembelian kenderaan,” kata Tim Kuniskis, Ketua Pegawai Eksekutif Jenama Dodge – Stellantis.

“Hasilnya, peminat jenama kami sangat berminat dengan semua perkara berkenaan Dodge, termasuk koleksi terbaharu,” tambahnya.

drag dodge

Set ini ialah kesinambungan dari koleksi Dodge pertama dalam barisan Lego Speed Champions dilancarkan pada 2018. Ia menampilkan dua model, iaitu Challenger berwarna kuning berdasarkan model 2018 dan Dodge Charger R/T 1970.

“Pada tahun 2021, kami sangat bersemangat untuk bekerjasama lagi dengan Dodge dan memperluas Speed Champions 8W Vehicle Collection dengan memperkenalkan jenis kenderaan dan pengalaman membina baharu,” kata Ketua Pereka Bentuk Lego, Christopher Stamp.

“Buat pertama kali, ia menarik bagi peminat kenderaan dari semua peringkat usia,” tambahnya.

Set baharu ini mula dijual pada 1 Jun dengan harga runcit USD49.99 (RM206).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here