Mitsubishi Evo IX datang dengan jam tangan Ralliart istimewa

3980

Banyak kenderaan yang boleh dibeli orang awam yang mempunyai teknologi sukan perlumbaan. Antaranya Mitsubishi Lancer Evo, sudah ber’Evo’lusi banyak generasi, dan cukup terkenal dengan teknologi yang diambil dari sukan rali.

Antaranya ialah Active Yaw Control (AYC) yang bukan sahaja membantunya menjadi kompetitif di kejohanan rali, malah memberi kelebihan di jalan raya. Dengan kuasa yang beratus hp lebih dari keluaran kilang, sistem seperti AYC dan pacuan semua roda memberikan Evo pengendalian unik; sangat berkuasa tetapi mudah dikawal.



Iya lah, berapa kerat sangat Evo di jalan raya dengan kondisi standard walaupun standard itu indah, kan?

Sama seperti Evo di sini. Ia merupakan Evo IX original dan menurut tuannya, diimport oleh Mutiara Motors. Bukan convert ya. MIVEC turbo dalam hud depannya dipadan dengan transmisi manual enam kelajuan.

Pemilik kereta ini merupakan pemilik kedua, dan perbatuan hanya sebanyak 122,901 km setakat ini. Tak cukup manis lagi? Selama dimiliki, pemilik hanya berjalan sejauh 3,000 km sahaja ke acara hujung minggu, TTS dan lepas geram sikit-sikit. Kondisi badannya, cat masih cantik dan casis masih tegak “ting ting tang ting bak kata Dato’ Siti”, kata pemiliknya.

Berikut adalah senarai spesifikasi dan modifikasi Mitsubishi Evo IX ini:

  • Sirip bumbung Evo MR
  • Pelapik brek Endless
  • Bar atas dan bawah Ultra Racing
  • Rim TE37 17-inci 8.5JJ original (RM5k)
  • Tayar Bridgestone Potenza S001 (85% bunga)
  • Empat unit meter Defi Advance berserta pemegang Defi Evo (RM4k)
  • Komponen Ralliart: Intercooler, radiator, hos SAMCO, kabel bumi, kabel palam pencucuh, pedal minyak aloi (kesemua bernilai RM6k)
  • Aliran udara M7
  • Tombol gear titanium
  • Komponen HKS: Pemasa turbo, blow-off racing type, pengawal boost EVC-S
  • Suspensi TEIN Super Street berserta EDFC (RM4k)
  • Klac karbon dwi-plat Carbonetic (RM7k)
  • Waste gate TIAL (RM1.5k)
  • Manifold ekzos Tonnka (RM1.2k)
  • Muffler ekzos M7
  • Limited-slip differential (LSD) HKS original
  • Sistem audio: Pioneer double-DIN dengan subwoofer dan amplifier (RM5k)

Modifikasi khas enjin (bernilai RM18k) termasuklah:

  • Radiator KOYO
  • Kit stroker2-liter
  • Racing crank 94 TOMEI
  • Conrod JUN
  • Omboh TOMEI 85.5
  • Head stud TOMEI
  • Head gasket HKS
  • Servis menggunakan minyak pelincir perlumbaan Motul 300V

Jadi, amacam? Dengan jajan macam tu, kira cuci tangan lah kan. Harga dipinta ialah RM138,000 dan ingatlah ini Evo IX original. Nombor plat pun cantick, JJV 1000. Oh ya, pemilik akan siap berikan jam tangan istimewa Ralliart. Fuh, baru la lengkap gaya hujung minggu, bawak Evo IX dan pakai jam Ralliart!

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi Bob di 012-5460053.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here