Kelawar jadi punca pesawat Air India terpaksa berpatah balik

1148

Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat terpaksa berpatah balik apabila seekor kelawar terbang di dalam ruang kabin penumpang.

Difahamkan penerbangan ke Newark (EWR) itu baru sahaja berlepas meninggalkan Lapangan Terbang IGI Delhi kira-kira jam 2:20 pagi.



Namun, selepas 30 minit berada di ruang udara, seekor kelawar dilihat mula terbang di dalam kabin pesawat dan mengganggu penumpang.

Susulan kejadian, juruterbang membuat keputusan berpatah balik ke lapangan terbang di Delhi.

kelawar air india

Kejadian aneh itu juga turut dimaklumkan kepada pusat kawalan ruang udara Delhi.

“AI-105 DEL-EWR terpaksa berpatah balik ke lapangan (Delhi) selepas berlepas dari lapangan, amaran kecemasan turut dikeluarkan.

“Ia selepas kru pesawat mendapati ada seekor kelawar mula terbang ke dalam ruang kabin.

“Kakitangan hidupan liar turut dipanggil bagi menangkap dan mengeluarkan haiwan itu dari ruang kabin,” jelas kenyataan yang dikeluarkan Air India.

Pesawat itu dilapor selamat mendarat di lapangan terbang kira-kira jam 3:55 pagi dan kelawar berkenaan berjaya dikeluarkan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here