Anda boleh sumbang mata ganjaran Petron Miles untuk mereka yang memerlukan

1326

Petron Malaysia bekerjasama dengan Yayasan MyKasih dalam program sumbangan PetronMyKasih Jom Derma yang memberi peluang kepada ahli pemegang kad Petron Miles (PMiles) menderma mata ganjaran mereka untuk menacapai matlamat yang baik.

Bermula dari 7 Mei hingga 31 Ogos 2021, setiap mata ganjaran PMiles yang disumbangkan akan ditukar kepada nilai matawang dan diserahkan kepada Yayasan MyKasih.



Melalui Yayasan tersebut, keluarga B40 boleh membeli bahan makanan dan barang keperluan dari lebih daripada 250 kedai runcit termasuk Mydin, Tesco, Giant, Econsave, The Store, Aeon, 99 Speedmart dan TF Value Mart.

Setiap 500 mata PMiles yang disumbangkan akan ditukar menjadi RM5, sementara setiap 1000 mata PMiles pula adalah bersamaan RM10.

Pelanggan boleh menyumbang RM5 dan RM10 secara berkali-kali melalui kaunter jualan di semua stesen minyak Petron. 

“Membantu komuniti, terutamanya pada saat pandemik yang telah memberi kesan kepada banyak pihak merupakan cara kami untuk membantu memudahkan kesukaran yang dihadapi oleh keluarga B40,” kata Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia.

“Menggunakan kad PMiles untuk menyumbang adalah mudah dan senang kerana pelanggan kami boleh melakukannya setiap kali mereka berada di stesen kami. Dan kepada mereka yang memberi sumbangan, resit pengecualian cukai juga akan dikeluarkan bagi setiap sumbangan daripada MyKasih,” tambah Choong.

Yayasan MyKasih adalah sebuah pertubuhan amal yang diluluskan oleh kerajaan. Sejak penubuhannya pada tahun 2009, Yayasan ini telah menyalurkan sumbangan bernilai RM280 juta kepada lebih 300,000 isi rumah dan pelajar berpendapatan rendah di seluruh negara.

Keberkesanan program MyKasih ini dapat dicapai melalui penggunaan sistem tanpa tunai dalam penyaluran dana.

Program ini dijalankan menggunakan ciri keselamatan cip MyKad yang membolehkan dana sumbangan disalurkan dengan cara yang selamat, tersasar dan telus, terus kepada penerima yang sah melalui akaun MyKad mereka.

Pelanggan Petron yang menderma melalui program ini akan diberikan resit bagi setiap sumbangan yang disalurkan. Program ini dijalankan di semua stesen Petron seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Program Derma Petron Miles, sila layari www.petronmiles.com.my

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here