All Nippon Airways tawar pakej perkahwinan atas pesawat, bermula RM58k

1284

Syarikat penerbangan Jepun, All Nippon Airways (ANA) telah menawarkan pakej perkahwinan di atas pesawat, berikutan pandemik Covid-19 yang menyekat perjalanan antarabangsa.

Pakej tersebut yang dilancarkan pada bulan Mei lalu sah sehingga 13 Jun ini, dan akan dilakukan dalam pesawat B777 di lapangan terbang Haneda, Tokyo.



Menurut ANA, setelah menerima tempahan, tujuh pasangan akan melakukan upacara perkahwinan di atas pesawat tersebut.

Semasa upacara tersebut, ANA akan menawarkan persembahan muzik, ucapan selamat pengantin baharu oleh kru kabin, dan pencahayaan khas yang memaparkan ruangan galaksi pada kabin pesawat.

All Nippon Airways

Pakej perkahwinan atas pesawat ini ditawarkan pada harga ¥1.56 juta (RM58,706), dan majlis resepsi berasingan di bangunan terminal pula boleh ditempah pada harga ¥3 juta (RM112,897). 

Tambah ANA, idea mengadakan majlis perkahwinan atas pesawat ini adalah untuk menarik minat pasangan yang mahu mengadakan majlis tanpa kehadiran tetamu yang ramai. Penggunaan alkohol juga adalah dilarang pada majlis tersebut.

All Nippon Airways

Pada 23 Mei lalu, perkahwinan pertama di dalam pesawat All Nippon Airways diadakan di kabin kelas perniagaan untuk pasangan pengantin dari Tokyo, Toru dan Mami Murakami.

Bagi pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh ANA, hanya 30 orang boleh menghadiri majlis tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here