MH3 600 ini ialah BMW M3 Competition talaan Manhart dengan kemasan emas dan 626hp!

1965

Manhart Performance secara rasmi memperkenalkan talaan untuk BMW M3 Competition, setelah beberapa bulan model tersebut diperkenalkan secara rasmi.

BMW M3 Competition

Dikenali sebagai MH3 600, penala Jerman itu memulakan ubah suai pada BMW M3 Competition dengan memasang kotak kuasa yang meningkatkan output enjin 3.0-liter twin turbo itu sehingga 626hp dan 780Nm tork.



Pecutan 0-100km/j jentera ini masih belum dinyatakan, namun menurut Manhart, sedan sport ini mampu mencapai 200km/j dalam masa kurang dari 10.5 saat dan 250km/j di bawah 17 saat, menjadikannya empat saat lebih cepat daripada M3 Competition standard.

Selain itu, MH3 600 juga hanya memerlukan 6.42 saat untuk memecut dari 100-200km/j.

BMW M3 Competition

Selain melakukan ubah suai pada sistem enjin, Manhart turut menyediakan sistem ekzos baharu yang terdiri daripada peredam belakang dari bahan keluli tahan karat, dengan fungsi kawalan injap.

Selain itu, empat paip ekzos berukuran 100mm turut dipasang, dan pembeli boleh memilih sama ada mahu disalut dari bahan gentian karbon atau seramik.

BMW M3 Competition

Pembeli juga diberi pilihan untuk memilih downpipe yang diilhamkan dari jentera lumba dengan catalytic converter 200-sel atau tidak. Manhart juga dapat mengeluarkan penapis OPF/GPF standard yang terdapat di dalam ekzos standard.

Antara pilihan lain yang ditawarkan ialah satu set spring dari H&R yang dapat dipasang untuk menurunkan ketinggian pada bahagian hadapan sebanyak 30mm dan 10mm pada bahagian belakang, dan satu set adjustable KW.

BMW M3 Competition

Selain sistem brek yang dinaik taraf, Manhart juga menawarkan roda 21 inci yang disertakan bersama tayar 255/30 dan 295/25.

Pelbagai aksesori dengan kemasan gentian karbon turut disertakan, termasuk pada splitter hadapan, spoiler belakang, skirt sisi, dan aero flick dari M Performance. Kemasan ini juga turut hadir di ruangan dalam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here