Toyota UK lancarkan program jaminan 10 tahun untuk kereta baharu dan terpakai

1186

Toyota United Kingdom (UK) telah melancarkan satu program jaminan selama 10 tahun, dimana program ini merangkumi kenderaan baharu dan terpakai.

Dikenali sebagai Toyota Relax, program ini menambah jaminan selama 12 bulan atau 16,000km setiap kali pelanggan menghantar kenderaan di pusat servis rasmi Toyota. Jaminan ini dikenakan secara automatik dan tanpa kos tambahan.



Ini bermakna, jika sesebuah kenderaan Toyota yang baharu di UK diservis secara rutin di pusat servis Toyota, ianya akan menerima jaminan selama 10 tahun atau sehingga jarak perjalanannya mencecah 160,000km. 

jaminan toyota

Apa yang lebih menarik, program ini juga melibatkan kenderaan Toyota terpakai.

Sekiranya seseorang membeli Toyota terpakai secara peribadi atau melalui wakil penjual dan tidak kira sama ada mereka pemilik kedua, ketiga, atau keempat, jika model itu berumur kurang dari 10 tahun dan ianya dibawa ke pusat servis Toyota, pemilik akan menerima jaminan selama 12 bulan atau 16,000km sehingga ianya berumur 10 tahun.

jaminan toyota

Tidak menjadi masalah jika model yang digunakan tidak pernah diservis sebelumnya di pusat servis Toyota.

Toyota Relax ditawarkan untuk semua kenderaan Toyota, samada trak pikap dan kenderaan komersial ringan, tanpa mengira sama ada mereka disertakan enjin petrol, diesel, enjin hibrid, atau EV. Mirai berkuasa hidrogen juga termasuk dalam program ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here