Miguel Oliviera takluk Grand Prix Catalunya!

1193

Pelumba Portugal, Miguel Oliviera berjaya mengatasi saingan hebat pada penghujung perlumbaan yang diberikan oleh pelumba Perancis, Johann Zarco untuk menjuarai Grand Prix Catalunya, semalam (Ahad).

Pelumba Australia, Jack Miller pula memperoleh kedudukan ketiga setelah pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo dikenakan penalti kerana tersasar dari litar di beberapa pusingan sebelum tamat perlumbaan.



“Segala-galanya sangat sukar. Saya cuba mengawal penggunaan tayar dan terus bertenang apabila Fabio memberi tekanan kepada saya,” kata Oliveira yang beraksi bersama KTM.

Miguel Oliviera

“Saya terus tenang apabila dia memotong saya. Kemudian saya lihat ada peluang di laluan lurus dan kembali memotongnya semula. Ia adalah perlumbaan yang sempurna,” tambahnya.

Quartararo dan Miller pada satu ketika memimpin saingan namun kedua-duanya berdepan masalah.

Quartararo dikenakan penalti tiga saat selepas terbabas bersama jentera Yamaha empat pusingan sebelum berakhir perlumbaan.

Miguel Oliviera

Pelumba Perancis itu masih mengungguli kedudukan teratas pelumba namun Zarco yang beraksi bersama pasukan satelit Ducati, Pramac, kini hanya ketinggalan 17 mata.

Miller naik di tangga ketiga mengatasi rakan sepasukannya di Ducati, Francesco Bagnaia yang sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh, semalam.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here