Mitsubishi Evo VI ini cari pemilik baharu

3364

Adakah anda peminat Mitsubishi Evo? Kagum dengan aksi Jackie Chan mengemudi Evo dalam filem Police Story? Atau selalu guna Evo untuk perlumbaan dalam Need for Speed dan Gran Turismo? Maka anda mungkin berjumpa ‘jodoh’ yang dicari.

Ini kerana sebuah Mitsubishi Evo VI (Evo 6) sedang mencari pemilik baharu kerana pemilik sekarang telah berjumpa jodoh baharu. Mendirikan masjid yang kedua katanya.



Evo ini walaubagaimanapun bukanlah Evo asli, tetapi sebuah Evo jadian yang ditukar dari kereta asal Lancer CK2A. Jadi ianya bukan pacuan semua roda, hanya roda hadapan (2WD). Tapi bukan semua orang kisah, kan?

Mari kita telitikan aspek modifikasi yang telah dilakukan untuk mentransformasikan Lancer kepada Evo VI yang nampak bersedia untuk kejohanan rali.

Luaran

  • Bahagian badan Evo VI sepenuhnya
  • Bampar depan Tommi Makinen Edition (RS)
  • Cermin sisi Mickey
  • Skop bumbung rali
  • Rim Tommi Makinen Edition original
  • Brek Brembo depan dan belakang

Dalaman

  • Evo VI sepenuhnya
  • Laci atas
  • Trim meter dan panel pendingin hawa
  • Tombol gear RA original
  • Meter boost HKS
  • Sistem audio 2-DIN

Enjin

  • Evo VI spesifikasi kilang
  • Klac Ogura super single
  • BOV HKS SQV
  • Waste gate TIAL
  • Kotak udara ARC
  • Plat penyejukan GReddy
  • Radiator aloi 2-lapis
  • Suspensi boleh-laras dengan pillow ball
  • Sistem ekzos penuh RA + klip RA + pemegang bateri

Tambah pemilik lagi, kebanyakan komponen adalah terpakai dan bukan baharu. Namun, badan Evo VI ini masih solid dan bebas kemalangan. Dia menyarankan kereta ini untuk yang benar-benar meminati jentera rali lagenda ini.

Keadaan kereta juga ibarat ‘cuci tangan’, balik boleh terus lenjan layan boost. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi pemilik di 017-9592924. Lokasi di Jengka, Pahang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here