Kantoi lenjan Genesis G70 milik pelanggan, mekanik dipecat serta-merta

1516

Seorang pemilik Genesis G70 telah berkongsi satu video yang memaparkan seorang mekanik dari pusat pengedar Hyundai di Augusta, Georgia melenjan sedan sport miliknya.

gambar hiasan

Menurusi video tersebut, Genesis G70 dipandu keluar dari pusat pengedar oleh seorang mekanik, sebelum dia berhenti untuk memberitahu rakannya bahawa dia akan memandu uji kenderaan tersebut. 



Pada mulanya, mekanik itu memandu dalam kelajuan sederhana ketika keluar dari pusat pengedar, dan setelah membelok pada satu selekoh kanan, dia menekan pedal minyak dengan kuat, mungkin bertujuan untuk menguji pecutan enjin V6 3.3-liter twin-turbo sedan tersebut.

Walaupun bacaan pecutan tidak ada dalam video, sedan itu berkemungkinan dipandu pada kelajuan melebihi had laju 72km/j.

Genesis G70

Menurut pemilik G70, selain menggunakan telefon semasa memandu, mekanik berkenaan difahamkan tidak memakai tali pinggang keledar semasa pandu uji tersebut, berdasarkan bunyi bip yang dapat didengar dalam video.

Tidak lama kemudian, mekanik itu pulang ke pusat pengedar dan menyatakan bahawa dia menyukai sedan sport tersebut. 

Pemilik G70 itu menyatakan dia sudah bercakap dengan pengurus pusat pengedar tersebut, dan memaklumkan pekerja yang terlibat telah dipecat serta merta.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here