Perselisihan faham jadi punca majikan bakar motosikal pekerja

1424

Sebuah motosikal milik pekerja kilang memproses ayam dibakar oleh majikannya, selepas kereta milik majikan itu yang dipinjamkan kepada pekerjanya ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan rosak.

motosikal pekerja

Pihak polis menahan suspek yang berusia 40 tahun di kawasan Tasek Gelugor, Seberang Perai, pada jam 1 tengah hari Khamis lalu selepas menerima laporan yang dibuat oleh mangsa.



Dalam laporan polis, mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa motosikalnya yang ditinggalkan dalam kawasan tempat kerja sejak seminggu lalu itu hanya tinggal kerangka  akibat dibakar majikan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mangsa mengetahui kejadian itu selepas suspek menghantar gambar motosikal tersebut dalam keadaan terbakar menerusi telefon bimbit pada Selasa lalu.

motosikal pekerja

“Dia mengesyaki motosikalnya yang tinggalkan kerana mengalami kerosakan kecil itu dibakar majikan selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sehari sebelum kejadian,” kata Noorzainy.

“Bertindak atas laporan tersebut, kita menahan suspek sebelum merampas telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping papan nombor pendaftaran motosikal yang dibakar,” tambahnya.

Lanjut Noorzainy, hasil siasatan mendapati suspek tidak puas hati terhadap pengadu yang menggunakan keretanya untuk bertemu rakan hingga kehabisan petrol lalu meninggalkan kenderaan itu di tepi jalan.

Kata beliau, pada keesokan hari suspek dan mangsa pergi semula ke lokasi kereta ditinggalkan namun selepas diisi minyak, kenderaan itu tidak boleh bergerak kerana mengalami kerosakan.

Tidak puas hati dengan kejadian tersebut dipercayai menjadi punca suspek membakar motosikal pekerjanya. Suspek juga bertindak merakamkan kejadian motosikal dalam keadaan terbakar sebelum menghantar kepada pekerjanya itu.

Kata beliau, ibu serta jiran suspek turut berada di lokasi ketika suspek membakar motosikal tersebut. Mereka cuba menghalang suspek, namun tidak dihiraukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here