Tiada lagi Nissan Navara di Eropah tahun depan

1358

Nissan akan menutup kilang mereka di Barcelona, Sepanyol pada akhir tahun ini dan telah mengumumkan bahawa mereka juga akan menghentikan pengeluaran Navara, yang dihasilkan di kilang itu.

nissan navara

Nissan Navara pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, dan pada tahun lepas, model ini menerima facelift yang menyeluruh. Walau bagaimanapun, pihak Nissan di Eropah memilih untuk tidak menjual model yang telah dikemaskini, dan jualan yang merosot menyebabkan pengeluaran akhirnya dihentikan.



“Pengeluaran Nissan Navara generasi terkini untuk pasaran Eropah akan berakhir apabila kilang kami di Barcelona ditutup pada bulan Disember 2021, dan jualan akan berakhir pada tahun 2022,” kata Nissan dalam satu kenyataan.

“Hal ini menggambarkan penurunan permintaan segmen trak pikap di Eropah kerana banyak pelanggan memilih untuk menggunakan van moden dan efisien dari kami,” tambah kenyataan tersebut.

nissan navara

Walaupun pengeluaran Navara akan berakhir di Eropah, ianya masih dihasilkan di Thailand, dan akan dieksport ke beberapa pasaran termasuk Australia dan Malaysia.

Trak pikap ini berkongsi casis yang sama seperti Nissan Pathfinder dan pada mulanya berjaya di Eropah kerana mampu menyaingi jualan Mitsubishi Triton.

Renault dan Mercedes-Benz juga sebelum ini melancarkan Alaskan dan X-Class berdasarkan reka bentuk Navara. Namun, kedua-dua model itu dihentikan pengeluaran pada tahun lepas.

Jualan trak pikap meningkat di Eropah, iaitu pada 165,121 unit pada tahun 2018, dengan model paling laris dijual adalah Ford Ranger, Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton. Namun jumlah tersebut telah menurun pada tahun 2020, iaitu pada 116,280 unit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here