Proton Wira hilang selama dua bulan ditemui di kedai besi buruk

13565

Sindiket curi kereta untuk dijual semula sebagai ‘kereta potong’ sudah tidak asing lagi di Malaysia. Kereta yang dicuri akan dileraikan untuk dijadikan alat ganti, dan akan dijual kepada orang ramai.

gambar hiasan

Baru-baru ini, seroang pengguna Facebook memuat naik gambar Proton Wira milik rakannya, dan meminta orang ramai menghebahkan kes kecurian kereta itu.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika waktu hujan, dimana Proton Wira itu diletakkan di hadapan rumah pemiliknya, iaitu di Sungai Way, Petaling Jaya.



Apa yang menyedihkan, setelah hampir dua bulan hilang tanpa khabar berita, Proton Wira tersebut kini ditemui dalam keadaan lerai. Menurut pihak polis, ianya ditemui di kedai besi buruk bersama 13 buah kereta lain.

proton wira besi buruk

Muat naik itu mendapat perhatian warganet yang berasa simpati kepada pemilik Proton Wira tersebut yang melihat keadaan keretanya sudah tidak nampak rupa seperti sebuah kereta lagi.

Seharusnya, pemilik sesebuah kedai besi buruk tidak boleh meleraikan kenderaan lama sesuka hati dan perlu ada dokumen asal kenderaan terbabit. Jika tidak, kesemua pihak terlibat boleh didakwa.

Pihak polis berjaya menangkap dua suspek yang sedang leka meleraikan komponen sebuah Perodua Kembara yang dilaporkan hilang pada 29 April lalu.

Hasil siasatan lanjut telah membawa polis ke sebuah premis barang lusuh yang tidak jauh dari lokasi penemuan Perodua Kembara tersebut. Serbuan yang telah dibuat pada premis tersebut telah menyelesaikan kes kehilangan kereta model lama di kawasan Petaling Jaya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here