Porsche 911 GT2 RS pecah rekod! Kini kereta produksi terpantas di Nürburgring

1528

Jentera dari Porsche bukanlah suatu yang asing di litar Nürburgring Nordschleife, dan baru-baru ini, pengeluar itu telah mencipta rekod baharu untuk kereta produksi terpantas.

 911 GT2 RS

Awal bulan ini, sebuah 911 GT2 RS yang dilengkapi dengan Manthey Performance Kit telah mencipta rekod baharu di Nürburgring dengan catatan masa 6:43.300.



Catatan masa tersebut mengalahkan rekod yang dipegang sebelum ini iaitu 6:48.047 oleh Mercedes-AMG GT Black Series

 911 GT2 RS

Manthey Performance Kit yang digunakan oleh 911 GT2 RS tersebut dihasilkan dengan kerjasama Porsche, dan dijual di Porsche Tequipment. Kit ini menampilkan sejumlah komponen aerodinamik, termasuk penutup tambahan pada spoiler depan, diffuser yang diubah suai, spoiler belakang khas dan ‘aerodiscs’ untuk roda belakang.

Dengan adanya kit tersebut, 911 GT2 RS ini mampu menghasilkan downforce sebanyak 21kg pada bahagian hadapan, dan 107kg pada bahagian belakang pada kelajuan 200km/j. 

 911 GT2 RS

Selain itu, pakej Manthey Performance Kit merangkumi roda magnesium 20-/21-inci, yang disokong oleh sistem brek komposit seramik dengan garisan berlapis keluli, dan pad brek khas perlumbaan.

Terdapat juga sistem suspensi coilover untuk kegunaan litar, dengan penyerap hentak yang boleh dilaras.

 911 GT2 RS

Rekod baharu ini dibuat oleh pemandu pembangunan Porsche, Lars Kern, yang menyatakan 911 GT2 RS seakan ‘melekat’ pada litar setelah menggunakan Manthey Performance Kit.

“Anda akan merasa seolah-olah anda berada di dalam kereta lumba, terutama membelok di selekoh pada kelajuan yang tinggi. Sangat mengagumkan bagaimana kereta ini menghasilkan 690hp, dan ia juga mampu membrek dengan baik dan mudah dikawal,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here