Helikopter AS555 Fennec TLDM mendarat cemas, semua kru selamat

2104

Sebuah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa mendarat cemas di Pangkalan TLDM di Lumut, hari ini.

Imej: Facebook

Pesawat Eurocopter AS555 Fennec itu sedang membuat penerbangan operasi sebelum melakukan pendaratan cemas kira-kira jam 12 tengahari tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM dalam kenyataan berkata, semua kru selamat dan mereka kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.



“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan kejadian terkawal,” ujar kenyataan tersebut.

Susulan insiden ini, TLDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

Ini kejadian kemalangan pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang lebih 30 tahun penubuhan Skuadron Udara TLDM iaitu KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.

Imej: Helis.com

Selain enam buah helicopter AS555 SN Fennec, TLDM turut mengoperasikan enam helikopter tempur jenis Westland Super Lynx 300 yang kesemuanya memiliki rekod penerbangan cemerlang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here