Dallara EXP dengan 493hp dan 1,249kg downforce, untuk kegunaan litar sahaja

963

Pengeluar jentera lumba Itali, Dallara baru-baru ini memperkenalkan EXP yang merupakan varian dari model Stradale, menjanjikan prestasi lebih menakjubkan.

Dallara EXP dikuasakan oleh enjin 2.3-liter EcoBoost turbo 4-silinder yang sama seperti Ford Focus RS dan juga digunakan oleh Stradale. Namun, enjin ini telah ditala semula oleh Bosch dimana ianya kini mampu menghasilkan hingga 493hp dan 500Nm tork.



Model khas untuk kegunaan litar ini hadir dengan satu pilihan transmisi sahaja, iaitu 6-kelajuan sequential dan sistem pacuan roda belakang (RWD) dengan LSD dari Quaife.

Selain menggunakan monocoque gentian karbon yang sama seperti Stradale, Dallara EXP disertakan dengan beberapa perubahan dan naik taraf.

Dallara EXP

Antaranya ialah pada bahagian spoiler belakang yang kini lebih besar, sementara bahagian hadapan disertakan dengan canard dan splitter baharu.

Jentera ini juga dianggarkan memiliki berat 890kg, dan tidak disertakan dengan cermin hadapan, selain difahamkan mampu menghasilkan downforce 1,249kg pada kelajuan maksimumnya iaitu 290km/j.

Dallara EXP

Apabila digabungkan dengan tayar slick yang standard, Dallara EXP dapat menghasilkan lateral force (daya ke sisi) sehingga 2.7G di selekoh, kira-kira dua kali ganda dari apa yang dapat dilakukan oleh supercar dan hypercar untuk kegunaan jalan raya.

Pengeluar itu masih belum mengumumkan harga rasmi untuk EXP. Namun, mereka menyatakan individu yang memiliki Stradale khas untuk jalan raya boleh membeli pelbagai komponen baharu EXP.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here